Wednesday, January 19, 2011

I am The Winner!!!

Assalamualaikum..

Ingat tak dalam entri bulan berapa entah tahun lepas, aku ada cakap pasal aku masuk pertandingan melukis komik anjuran Akademi Karyawan Mansurah (AKAR). Tarikh tutup awal April. Aku pun dah tak ingat entri mana tah aku bagitahu pasal tu. gagaga.

Aku hantar dua keping (helai) komik satu muka surat. Biasa lah, dah anjuran AKAR DPMM (Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah), komik mesti lah mahu islamic gito. Latar belakang pun, Mesir punya, azhari.

Tapi lambat gilos depa umumkan pemenang nya. Bulan Ogos. Sewaktu MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) DPMM. Aku datang je tapi sekerat hari sahaja. Tengahari aku blah. Malas nak tunggu sampai habis. Hak hak. Rupa-rupanya petang itu baru dimumumkan siapa juara melukis. Hek eleh. Gila lama baru kau orang nak umumkan. Dah basi.

Selain pertandingan melukis kartun/komik, ada juga pertandingan penulisan kreatif dan ilmiah. Penulisan kreatif termasuk la sajak ke cerpen ke pantun la, ikut la. Aku pun ada hantar penyertaan, dua cerpen lagi beb. Ngahaha.

Tak sangka la pulak kan, aku menang tempat pertama pertandingan melukis. Weeee~. Penulisan kreatif pula tempat kedua. Ehem.. berbakat juga aku ni rupanya. Ceh, kau jangan nak riyak atau berlagak. Tumbuk kang.

So di bawah aku sertakan komik yang telah aku hantar (dan menang tempat pertama, ceh, nak cakap jugak tu hoho). Oleh kerana ini lukisan yang lama, tak cantik pun dan banyak lagi kekurangan. Kaku dan kurang efek 3D. Macam 'pipih' semua pergerakan. Macam mana la boleh menang. (mungkin kurang penyertaan? haha).

Dan aku hantar, lukisan dan dialog berasingan. Biar orang pakar yang masukkan dialog guna Adobe Photoshop. Hahah. Aku pun boleh je nak terus masukkan dialog tapi aku MALAS. Lagipun laptop aku tak boleh nak support software berat macam Photoshop tu. (Laptop zaman dolu lah katakan.. sob..sob..).

Jadi lukisan di bawah telah aku edit guna 'paint' di windows. heheh. Oleh kerana aku malas, aku letak dialog lebih kurang je, harap kau faham sendiri lah. Gagaga..




Kartun 1: Akhawat
Judul: Tak Sengaja

(sila klik untuk imej lebih jelas)







Kartun 2: Ikhwah
Judul: Demi Menjaga Hatimu

(sila klik untuk imej lebih jelas)


Tak lawa pun kan? Skill masih belum improve. Sekarang dah ada peningkatan sedikit (ceh). Tapi aku akan upload lain kali. Hahaha.


ok lah. chow..





No comments: