Assalamualaikum..
Hari kejadian: Semalam (Ahad, 16 Januari 2011)
Waktu: Sekitar jam 9.00 pagi ke atas.
Lokasi: Dalam bilik aku, dalam rumah
Aku main internet, blogwalking sambil dengar lagu. Heheh. Tiba masa, laptop aku jadi lembap nak mampos. Sabar, sabar. Laptop aku ni memang selalu buat hal begini. Tapi oleh kerana aku dah geram sangat dan tension, aku pun terus ambil alatan melukis aku, terus melukis.
Lukisan buruk sahaja. Kalau tak nak tengok, boleh blah. Hahahahh, gurau kasar nampak? Rilek la, jangan ambil serius sangat kata-kata aku yang kadang-kadang ganas lagi brutal ni. (poyo).
sketch. belum inking.
dah siap inking.
setelah mood kembali normal.ceh. :p
Nak beli laptop baru, duit tak ada. Hahah, kalau duit banyak pun, nak dahulukan benda lain yang lebih penting. Sementara masih belajar ni, bersabar lah dahulu.
(T_T)
2 comments:
takpe nur...
nanti kamu tambah ram je, kasi laju sikit, heheheh
Camne nak tambah RAM kat laptop klasik ni? huhu.
Post a Comment