Tuesday, January 25, 2011

No Title

Assalamualaikum...


Ini bukan tutorial melukis. hohoho.














Tolong jangan dikutuk tangan yang kurus itu. huhuh.






Bahu kiri kelihatan cacat. Tak berapa jadi














Macam dah lama tak ada lukisan wanita bertudung. Ahaks. 





Sekian lukisan pada hari ini. Hik hik.

chow..



Friday, January 21, 2011

Bukan Untuk Dijual

Rambut, jari dan tangan kelihatan sangat cacat.



Handsome ke?



Sasuke sedang menulis teknik serangan. Ekeke.



Tak berapa jadi.



Bijik mata kelihatan cacat. Auchh!



Logo PMRAM. (pencil/pen stand <---- eh betul ke nama dia nih?)


 
Sticker AL-FITYAN.

Hari tu, Anje masuk bilik aku dan nampak la pen melukis (yang warna hitam banyak-banyak tu) bertaburan atas meja aku kat atas tu (meja oktagon warna hijau). Boleh pulak dia tanya;

Anje: Eh, banyaknya pen. Jual pen ke Long?
Aku (Along): Eh bukan la. Haha. Ini pen melukis namanya, ada banyak mata, itu yang banyak.
Anje: Oh, ingat jual pen ke. Sebab banyak sangat.
Aku: Ngeee, bukan untuk dijual. Untuk inking. Setiap batang pen berbeza mata dia. Tengok ni, ada 0.1, 0.2, 0.05, bla.. bla.. bla.. (sambil tunjuk satu persatu pen yang berbeza ukuran matanya).

Aku tak tahu lah dia faham ke tak apa yang aku cakap. Ngahaha. Yelah, kalau yang bukan pelukis atau kartunis mana nak tau ada bermacam jenis dan ukuran mata pen yang digunakan untuk melukis (inking). Aduhai.. Sorry dik, its not for sale.

Wednesday, January 19, 2011

I am The Winner!!!

Assalamualaikum..

Ingat tak dalam entri bulan berapa entah tahun lepas, aku ada cakap pasal aku masuk pertandingan melukis komik anjuran Akademi Karyawan Mansurah (AKAR). Tarikh tutup awal April. Aku pun dah tak ingat entri mana tah aku bagitahu pasal tu. gagaga.

Aku hantar dua keping (helai) komik satu muka surat. Biasa lah, dah anjuran AKAR DPMM (Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah), komik mesti lah mahu islamic gito. Latar belakang pun, Mesir punya, azhari.

Tapi lambat gilos depa umumkan pemenang nya. Bulan Ogos. Sewaktu MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) DPMM. Aku datang je tapi sekerat hari sahaja. Tengahari aku blah. Malas nak tunggu sampai habis. Hak hak. Rupa-rupanya petang itu baru dimumumkan siapa juara melukis. Hek eleh. Gila lama baru kau orang nak umumkan. Dah basi.

Selain pertandingan melukis kartun/komik, ada juga pertandingan penulisan kreatif dan ilmiah. Penulisan kreatif termasuk la sajak ke cerpen ke pantun la, ikut la. Aku pun ada hantar penyertaan, dua cerpen lagi beb. Ngahaha.

Tak sangka la pulak kan, aku menang tempat pertama pertandingan melukis. Weeee~. Penulisan kreatif pula tempat kedua. Ehem.. berbakat juga aku ni rupanya. Ceh, kau jangan nak riyak atau berlagak. Tumbuk kang.

So di bawah aku sertakan komik yang telah aku hantar (dan menang tempat pertama, ceh, nak cakap jugak tu hoho). Oleh kerana ini lukisan yang lama, tak cantik pun dan banyak lagi kekurangan. Kaku dan kurang efek 3D. Macam 'pipih' semua pergerakan. Macam mana la boleh menang. (mungkin kurang penyertaan? haha).

Dan aku hantar, lukisan dan dialog berasingan. Biar orang pakar yang masukkan dialog guna Adobe Photoshop. Hahah. Aku pun boleh je nak terus masukkan dialog tapi aku MALAS. Lagipun laptop aku tak boleh nak support software berat macam Photoshop tu. (Laptop zaman dolu lah katakan.. sob..sob..).

Jadi lukisan di bawah telah aku edit guna 'paint' di windows. heheh. Oleh kerana aku malas, aku letak dialog lebih kurang je, harap kau faham sendiri lah. Gagaga..




Kartun 1: Akhawat
Judul: Tak Sengaja

(sila klik untuk imej lebih jelas)







Kartun 2: Ikhwah
Judul: Demi Menjaga Hatimu

(sila klik untuk imej lebih jelas)


Tak lawa pun kan? Skill masih belum improve. Sekarang dah ada peningkatan sedikit (ceh). Tapi aku akan upload lain kali. Hahaha.


ok lah. chow..





Monday, January 17, 2011

Keranamu Wahai.......


Assalamualaikum..

Hari kejadian: Semalam (Ahad, 16 Januari 2011)
Waktu: Sekitar jam 9.00 pagi ke atas.
Lokasi: Dalam bilik aku, dalam rumah

Aku main internet, blogwalking sambil dengar lagu. Heheh. Tiba masa, laptop aku jadi lembap nak mampos. Sabar, sabar. Laptop aku ni memang selalu buat hal begini. Tapi oleh kerana aku dah geram sangat dan tension, aku pun terus ambil alatan melukis aku, terus melukis.


Lukisan buruk sahaja. Kalau tak nak tengok, boleh blah. Hahahahh, gurau kasar nampak? Rilek la, jangan ambil serius sangat kata-kata aku yang kadang-kadang ganas lagi brutal ni. (poyo).













sketch. belum inking.







dah siap inking.







setelah mood kembali normal.ceh. :p







Nak beli laptop baru, duit tak ada. Hahah, kalau duit banyak pun, nak dahulukan benda lain yang lebih penting. Sementara masih belajar ni, bersabar lah dahulu.

(T_T)




Sunday, January 16, 2011

Inspiration from The Winter

Kalau kau perasan, semua watak dalam lukisan di atas memakai baju sejuk. Sekarang adalah kemuncak winter di Mesir. Itu yang aku maksudkan inspirasi daripada musim sejuk. Membuatkan aku bila melukis, mesti pakai baju tebal gitu, membayangkan betapa sejuknya winter. Agaga.



Soalan: Lelaki ke perempuan nih?
Jawapan: Lelaki 'jambu'. Ekeke.



Kau rasa dia ini comel? Sila beri 5 bintang kalau comel. Hik hik.




Aku memang failed bab lukis jari tangan. Damn.



Soalan klise: Lelaki ke perempuan? Hahah.



Pic spesel untuk entri kali ini. Tangan si pelukis sedang mahu inking. Macho kan? Hahah.



Ini masih belum siap inking lagi (lagi satu watak).




Ini pula inspirasi daripada wajah dan rambut Sasuke. Hoho.





Pic terakhir. Peralatan melukis Seimura.


Tamat. Hehe.




Wednesday, January 12, 2011

Lukis Suka-suka.

Lukisan ini dah lama, tapi aku baru inking pagi tadi. 


Ye, aku tau. Tangan yang pegang pensil macam cacat.


Kau rasa dia ini lelaki atau perempuan?


Adoi, gegar pula. Padahal yang ini paling kawaii. dush.

Peh. Gila pemalas siot. Pemalas nak pergi scan kat kedai. Ye, aku tidak memiliki scanner. Tak mampu nak beli. (sob..sob..nanges).



Meja tempat di mana Seimura melukis, sketch, inking dan lain-lain. Ehehehe. Spesel ni beb, publish di blog. Ahaha.


Sunday, January 2, 2011

Bila Si Handsome Menulis

Apa hal kau nak tayang jugak Matan Jazari (Toyyibah An-Nathr) di sebelah artwork kau itu?



Assalamualaikum.

Kali ini aku post entry menggunakan akaun lagi satu. Yup. Aku ada dua akaun blogger. Heheh. Lukisan ini ditangkap gambarnya menggunakan webcam. Wow! Haha. Aku masih belum ada kerajinan mahu pergi scan semua artwork aku (ceh, macam la banyak sangat).

Sebenarnya ada kat-kata di setiap orang atas lukisan di atas tapi tak nampak kot? Kena scan baru nampak. Haha. Masa tengah melukis ini tempoh hari (Disember 2010), mood aku agak berkecamuk. Sedih, murung, tension, tertekan, dendam, marah dan semua buruk-buruk belaka. 

Bolehkah kamu 'membaca' mood aku ketika melukis hanya dengan melihat hasil lukisan di atas? Bagi 'orang seni', dia boleh faham apa yang seorang penulis atau pelukis itu mahu sampaikan melalui tulisan (sajak) atau lukisan. Aku bukanlah 'orang seni' yang boleh faham atau mentafsir lukisan atau tulisan. Kalau agak-agak je boleh la sikit-sikit tapi tak tepat kot. Haha.

Seni itu indah. Sekian. :p


2011 - Mahu Aktif Mengepos Entry dan Lukisan di Blog Ini.



Assalamualaikum...

Macam dah lama tak update blog ini. Hehehe. Dua blog aku (putericahayapermata.blogspot.com dan sangputeri-seimura.blogspot.com) telah aku delete buat sementara. Nanti aku akan buka balik.

Mungkin ramai rakan bloggers atau readers yang tertanya-tanya ke mana pula hilangnya blog-blog Seimura ini? Hehe.. don't worry. Mahu tawaquf sementara sahaja. Malah akaun facebook pun telah aku deactivate. Pun untuk sementara. Mahu 'berehat'. hak hak hak. Tak sesuai kot? Haha.

Selamat tahun baru 2011. Walaupun hari ini dah 2 Januari tapi masih belum terlambat untuk wish. Ekeke. Azam tahun baru? Tak ada. Hahah. Sempoi kan aku? Ohh. Hari ini birthday Mr. Douglas (vokalis Hoobastank). Ulang tahun ke 36. Hehehe. Happy birthday to you my bro.

Ok lah. Entri pembukaan untuk tahun baru 2011. Jumpa lagi lain kali. Daa..