Showing posts with label Life and Art. Show all posts
Showing posts with label Life and Art. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Akan Meninggalkan Bumi Anbiya'

Lukisan di atas tiada kaitan dengan entri aku. Tapi ada kaitan dengan FITYAN. heheh.


Assalamualaikum.

Aku mengharapkan, doa daripada sahabat-sahabat di Malaysia. Mesir bergolak. Kami akan dihantar pulang ke Malaysia. Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan. Ameen.


Tuesday, January 25, 2011

No Title

Assalamualaikum...


Ini bukan tutorial melukis. hohoho.














Tolong jangan dikutuk tangan yang kurus itu. huhuh.






Bahu kiri kelihatan cacat. Tak berapa jadi














Macam dah lama tak ada lukisan wanita bertudung. Ahaks. 





Sekian lukisan pada hari ini. Hik hik.

chow..



Friday, January 21, 2011

Bukan Untuk Dijual

Rambut, jari dan tangan kelihatan sangat cacat.



Handsome ke?



Sasuke sedang menulis teknik serangan. Ekeke.



Tak berapa jadi.



Bijik mata kelihatan cacat. Auchh!



Logo PMRAM. (pencil/pen stand <---- eh betul ke nama dia nih?)


 
Sticker AL-FITYAN.

Hari tu, Anje masuk bilik aku dan nampak la pen melukis (yang warna hitam banyak-banyak tu) bertaburan atas meja aku kat atas tu (meja oktagon warna hijau). Boleh pulak dia tanya;

Anje: Eh, banyaknya pen. Jual pen ke Long?
Aku (Along): Eh bukan la. Haha. Ini pen melukis namanya, ada banyak mata, itu yang banyak.
Anje: Oh, ingat jual pen ke. Sebab banyak sangat.
Aku: Ngeee, bukan untuk dijual. Untuk inking. Setiap batang pen berbeza mata dia. Tengok ni, ada 0.1, 0.2, 0.05, bla.. bla.. bla.. (sambil tunjuk satu persatu pen yang berbeza ukuran matanya).

Aku tak tahu lah dia faham ke tak apa yang aku cakap. Ngahaha. Yelah, kalau yang bukan pelukis atau kartunis mana nak tau ada bermacam jenis dan ukuran mata pen yang digunakan untuk melukis (inking). Aduhai.. Sorry dik, its not for sale.

Monday, January 17, 2011

Keranamu Wahai.......


Assalamualaikum..

Hari kejadian: Semalam (Ahad, 16 Januari 2011)
Waktu: Sekitar jam 9.00 pagi ke atas.
Lokasi: Dalam bilik aku, dalam rumah

Aku main internet, blogwalking sambil dengar lagu. Heheh. Tiba masa, laptop aku jadi lembap nak mampos. Sabar, sabar. Laptop aku ni memang selalu buat hal begini. Tapi oleh kerana aku dah geram sangat dan tension, aku pun terus ambil alatan melukis aku, terus melukis.


Lukisan buruk sahaja. Kalau tak nak tengok, boleh blah. Hahahahh, gurau kasar nampak? Rilek la, jangan ambil serius sangat kata-kata aku yang kadang-kadang ganas lagi brutal ni. (poyo).













sketch. belum inking.







dah siap inking.







setelah mood kembali normal.ceh. :p







Nak beli laptop baru, duit tak ada. Hahah, kalau duit banyak pun, nak dahulukan benda lain yang lebih penting. Sementara masih belajar ni, bersabar lah dahulu.

(T_T)




Sunday, January 16, 2011

Inspiration from The Winter

Kalau kau perasan, semua watak dalam lukisan di atas memakai baju sejuk. Sekarang adalah kemuncak winter di Mesir. Itu yang aku maksudkan inspirasi daripada musim sejuk. Membuatkan aku bila melukis, mesti pakai baju tebal gitu, membayangkan betapa sejuknya winter. Agaga.



Soalan: Lelaki ke perempuan nih?
Jawapan: Lelaki 'jambu'. Ekeke.



Kau rasa dia ini comel? Sila beri 5 bintang kalau comel. Hik hik.




Aku memang failed bab lukis jari tangan. Damn.



Soalan klise: Lelaki ke perempuan? Hahah.



Pic spesel untuk entri kali ini. Tangan si pelukis sedang mahu inking. Macho kan? Hahah.



Ini masih belum siap inking lagi (lagi satu watak).




Ini pula inspirasi daripada wajah dan rambut Sasuke. Hoho.





Pic terakhir. Peralatan melukis Seimura.


Tamat. Hehe.




Wednesday, January 12, 2011

Lukis Suka-suka.

Lukisan ini dah lama, tapi aku baru inking pagi tadi. 


Ye, aku tau. Tangan yang pegang pensil macam cacat.


Kau rasa dia ini lelaki atau perempuan?


Adoi, gegar pula. Padahal yang ini paling kawaii. dush.

Peh. Gila pemalas siot. Pemalas nak pergi scan kat kedai. Ye, aku tidak memiliki scanner. Tak mampu nak beli. (sob..sob..nanges).



Meja tempat di mana Seimura melukis, sketch, inking dan lain-lain. Ehehehe. Spesel ni beb, publish di blog. Ahaha.


Sunday, January 2, 2011

Bila Si Handsome Menulis

Apa hal kau nak tayang jugak Matan Jazari (Toyyibah An-Nathr) di sebelah artwork kau itu?



Assalamualaikum.

Kali ini aku post entry menggunakan akaun lagi satu. Yup. Aku ada dua akaun blogger. Heheh. Lukisan ini ditangkap gambarnya menggunakan webcam. Wow! Haha. Aku masih belum ada kerajinan mahu pergi scan semua artwork aku (ceh, macam la banyak sangat).

Sebenarnya ada kat-kata di setiap orang atas lukisan di atas tapi tak nampak kot? Kena scan baru nampak. Haha. Masa tengah melukis ini tempoh hari (Disember 2010), mood aku agak berkecamuk. Sedih, murung, tension, tertekan, dendam, marah dan semua buruk-buruk belaka. 

Bolehkah kamu 'membaca' mood aku ketika melukis hanya dengan melihat hasil lukisan di atas? Bagi 'orang seni', dia boleh faham apa yang seorang penulis atau pelukis itu mahu sampaikan melalui tulisan (sajak) atau lukisan. Aku bukanlah 'orang seni' yang boleh faham atau mentafsir lukisan atau tulisan. Kalau agak-agak je boleh la sikit-sikit tapi tak tepat kot. Haha.

Seni itu indah. Sekian. :p


2011 - Mahu Aktif Mengepos Entry dan Lukisan di Blog Ini.



Assalamualaikum...

Macam dah lama tak update blog ini. Hehehe. Dua blog aku (putericahayapermata.blogspot.com dan sangputeri-seimura.blogspot.com) telah aku delete buat sementara. Nanti aku akan buka balik.

Mungkin ramai rakan bloggers atau readers yang tertanya-tanya ke mana pula hilangnya blog-blog Seimura ini? Hehe.. don't worry. Mahu tawaquf sementara sahaja. Malah akaun facebook pun telah aku deactivate. Pun untuk sementara. Mahu 'berehat'. hak hak hak. Tak sesuai kot? Haha.

Selamat tahun baru 2011. Walaupun hari ini dah 2 Januari tapi masih belum terlambat untuk wish. Ekeke. Azam tahun baru? Tak ada. Hahah. Sempoi kan aku? Ohh. Hari ini birthday Mr. Douglas (vokalis Hoobastank). Ulang tahun ke 36. Hehehe. Happy birthday to you my bro.

Ok lah. Entri pembukaan untuk tahun baru 2011. Jumpa lagi lain kali. Daa..

Friday, January 29, 2010

Aku Bukan Sengaja Lupa

 

Hari ni hari 'menunaikan permintaan' rakan. Owhh apakah itu? Yup ade beberapa rakan yg meminta aku lukiskan 'sesuatu' tp aku lambat giler tunaikan. Maaf sgt2. Aku bukan sengaja LUPA tp sbnrnye melukis dgn sebab permintaan orang memerlukan mood yg baik dan aku mahukan kesempurnaan.

Ia berbeza antara melukis untuk kepuasan diri dgn melukis atas permintaan orang. Sgt2 berbeza. Melukis suka2 aku boleh cincai2 dan suka hati aku nk wat camane pun. Tp apabila org mintak aku lukis, dah tentu aku tidak akan cincai2 n nak buat yg terbaik walaupun hasilnya xseperti yg diminta (mungkin ada kekurangan).






 

Tapi dua2 lukisan di atas ni bukanlah permintaan rakan tp saje2 je lukis muahahaha. Ni aku lukis kt Mesir ni, baru je dlm bulan Januari ni jugak. Aku terfikir nak upload lukisan permintaan rakan tapi.. itu cuma lukisan pensil dan aku x inking. Mst xjelas nanti. serius aku cakap, lukisan aku yang cantik (ceh perasan) jd xcantik n kurang cantik bila aku inking!!
Jadi bakat serta 'tangan' melukis aku ni hanya benar2 'menjadi' bila lukis dgn pensil sahaja. Hohoho. Bila inking dia jd tak asli. Weeeee~






Cacatnye lukisan nie!!





Ok lukisan kat atas ni agak cacat okay? Ni pun aku lukis kt Malaysia n inking kat Mesir ni. Tp semacam ada yg tak kena! Adeshh!!!

Friday, January 22, 2010

Kali ni aku post sebagai Seimura..


Hai... kenapa lah dgn aku ni??

Pernah tak kalian hadapi situasi di mana waktu tu anda tergesa2 n nak cepat tp byk pulak perkara terjadi yg buat anda jd lambat. Mst tension kan?

Contoh ; ko nak pergi sesuatu tempat, dah plan baik punya. Tp dlm waktu yg singkat utk bersiap2 ko perlu selesaikan tugasan ko dulu iaitu memasak. So ko pun dgn gaya cheff handal memasak dgn pantasnya sbb mahu kejar masa.

Tp biasalah bila ko buat kerja terburu2, kelam kabut n nak cepat, ade je hal atau perkara yg melambatkan kerja ko waktu tu. Time tu la bekas gula terlepas dr tgn n tumpah ke lantai la, kuali yg tgh wt goreng something hampir terbalik n minyak panas dh tumpah cket sbb nak cepat . Dan mcm2 lg la yg menambah 'kerja' iaitu kena lap, kutip n bersihkan mana2 yg tumpah secara xsengaja. Adehh...menambah kerja aku betul la!! Dan mulalah memaki2 dlm hati hahahaha.

Aku selalu hadapi situasi mcm tu. Nak cepat tp ade je perkara yg buat aku jd lambat. Bengang juga kdg2 tp itulah lumrah hidup kot? Xsemestinya apa yg kita rancang tu berjalan lancar seperti yg kita mahu.






Monday, December 14, 2009

Akhirnya sudah kutemui..


Akhirnya aku berjaya sign in semula kt blog aku ni setelah beberapa bulan terbiar tanpa entri baru. Semua gara2 terlupa password n memaksa aku buat password baru bru blh aku sign in semula. Silapnya kerana aku guna 2 emel berlainan utk 2 blog pd hal 1 emel utk 2 blog pun dh cukup. Bangang betol!

Ye aku ade 2 blog (poyo mcm glamer sgt cehh). Satu lg blog 'puteri' yg xberapa glamer tp ade gak pengikut hahah. Blog ini adalah blog khas utk kartun aku, kartun org lain, anime wallpapers n bermacam2 lg berkaitan kartun (cehh).

So selamat datang kepada anda yg baru menjenguk blog sempoi yg lama menyepi ini.